Tuesday 18 September 2012

BERAKHIRNYA UPSR 2012....

Alhamdulillah...

Selesai sudah 111 orang murid SKTNP1 menduduki UPSR 2012. Semua murid, ibu bapa dan warga SKTNP1 diharap teruskan berdoa dan munajat agar keputusan yang bakal diterima akan mampu membuatkan semua tersenyum....aminnn.

Monday 23 July 2012

SALAM RAMADHAN

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1433H KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI DUNIA TERUTAMANYA WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN NUSA PERINTIS 1

Wednesday 18 July 2012

WANG KERTAS RM BARU


Wang kertas siri baru, yang akan berada dalam edaran mulai Isnin, dilengkapi dengan teknologi wang kertas terkini untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan, kata Bank Negara hari ini.
Teknologi baru itu akan termasuk imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna, kata bank pusat itu dalam satu kenyataan hari ini.
Bertema "Keunikan Malaysia", wang kertas terbaru itu diinspirasikan daripada kepelbagaian budaya, warisan dan alam semulajadi negara, katanya.
Bank itu berkata, mereka yang cacat penglihatan juga boleh menggunakan ciri-ciri spesifik seperti pengenalan sentuhan untuk mengenalpasti dan membezakan denominasi berlainan.
Siri wang kertas baru itu adalah dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.
Wang kertas RM20 diperkenalkan semula dalam siri baru ini dan substrat polimer digunakan untuk wang kertas RM1 dan RM5.
"Wang RM50 yang digunakan sekarang telah dikeluarkan semenjak Disember 2007 dan akan kekal dalam edaran," katanya.
Bank Negara menggesa pihak berkaitan untuk mempercepatkan penentukuran mesin mereka untuk menerima wang kertas siri baharu ini untuk kemudahan orang ramai.
Wang kertas siri baharu ini akan berada dalam edaran bersama-sama wang kertas sedia ada yang kekal sah. – BERNAMA

Sunday 15 July 2012

KENALI MATEMATIK

Pengertian Matematik

 APA ITU MATEMATIK ? Ini adalah satu soalan yang penting dan memerlukan jawaban yang jitu dan terperinci. Matematik dapat didefinisikan dalam pelbagai cara.
Berikut adalah beberapa pengertian bagi Matematik :


  •   “Matematik adalah pengkajian tentang corak/pola.”
  •   “Matematik adalah pengkajian tentang perhubungan / perkaitan.”
  •   “Matematik adalah suatu bahasa”
  •   “Matematik adalah suatu kajian seni”
  •   “Matematik adalah berkaitan dengan aritmetik, algebra, trigonometri, kalkulus dan sebagainya.”
  •   “Matematik adalah satu cara berfikir.”
  •   “Matematik adalah alat / rekreasi dalam kehidupan harian.”

Wednesday 11 July 2012

SELAMAT DATANG.....

Semoga yang melawati blog ini akan dapat manafaat. Sila tinggalkan komen untuk penambahbaikan.
Terima kasih....

Monday 9 July 2012

AKTIVITI KMK

Hari ini kita belajar buat blog.

Terima kasih kepada Cikgu Amran b. Bakar yang bersungguh-sunguh membantu kami.