Alhamdulillah...
Selesai sudah 111 orang murid SKTNP1 menduduki UPSR 2012. Semua murid, ibu bapa dan warga SKTNP1 diharap teruskan berdoa dan munajat agar keputusan yang bakal diterima akan mampu membuatkan semua tersenyum....aminnn.
Tuesday, 18 September 2012
Monday, 23 July 2012
SALAM RAMADHAN
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1433H KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI DUNIA TERUTAMANYA WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN NUSA PERINTIS 1
Wednesday, 18 July 2012
WANG KERTAS RM BARU
Wang
kertas siri baru, yang akan berada dalam edaran mulai Isnin, dilengkapi dengan
teknologi wang kertas terkini untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan, kata
Bank Negara hari ini.
Teknologi
baru itu akan termasuk imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera
air dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah,
benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna, kata bank
pusat itu dalam satu kenyataan hari ini.
Bertema
"Keunikan Malaysia", wang kertas terbaru itu diinspirasikan daripada
kepelbagaian budaya, warisan dan alam semulajadi negara, katanya.
Bank
itu berkata, mereka yang cacat penglihatan juga boleh menggunakan ciri-ciri
spesifik seperti pengenalan sentuhan untuk mengenalpasti dan membezakan
denominasi berlainan.
Siri
wang kertas baru itu adalah dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.
Wang
kertas RM20 diperkenalkan semula dalam siri baru ini dan substrat polimer
digunakan untuk wang kertas RM1 dan RM5.
"Wang
RM50 yang digunakan sekarang telah dikeluarkan semenjak Disember 2007 dan akan
kekal dalam edaran," katanya.
Bank
Negara menggesa pihak berkaitan untuk mempercepatkan penentukuran mesin mereka
untuk menerima wang kertas siri baharu ini untuk kemudahan orang ramai.
Wang
kertas siri baharu ini akan berada dalam edaran bersama-sama wang kertas sedia
ada yang kekal sah. – BERNAMA
Sunday, 15 July 2012
KENALI MATEMATIK
Pengertian Matematik
APA ITU MATEMATIK ? Ini adalah satu soalan yang penting dan memerlukan jawaban yang jitu dan terperinci. Matematik dapat didefinisikan dalam pelbagai cara.
Berikut adalah beberapa pengertian bagi Matematik :
APA ITU MATEMATIK ? Ini adalah satu soalan yang penting dan memerlukan jawaban yang jitu dan terperinci. Matematik dapat didefinisikan dalam pelbagai cara.
Berikut adalah beberapa pengertian bagi Matematik :
- “Matematik adalah pengkajian tentang corak/pola.”
- “Matematik adalah pengkajian tentang perhubungan / perkaitan.”
- “Matematik adalah suatu bahasa”
- “Matematik adalah suatu kajian seni”
- “Matematik adalah berkaitan dengan aritmetik, algebra, trigonometri, kalkulus dan sebagainya.”
- “Matematik adalah satu cara berfikir.”
- “Matematik adalah alat / rekreasi dalam kehidupan harian.”
Wednesday, 11 July 2012
SELAMAT DATANG.....
Semoga yang melawati blog ini akan dapat manafaat. Sila tinggalkan komen untuk penambahbaikan.
Terima kasih....
Terima kasih....
Monday, 9 July 2012
AKTIVITI KMK
Hari ini kita belajar buat blog.
Terima kasih kepada Cikgu Amran b. Bakar yang bersungguh-sunguh membantu kami.
Subscribe to:
Posts (Atom)